Monday, July 27, 2009

Penyakit Gout dan tanda-tandanya

penyakit gout
Penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi kebanyakan kaum lelaki. Bagaimanapun, kaum perempuan yang telah melalui keputusan haid atau menopause adalah juga berisiko bagi mendapat penyakit gout ini walau risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda-tanda yang mungkin menunjukkan penyakit gout ada kemungkinan menyerang adalah apabila seseorang itu terasa sakit di sendi yang terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pada pergelangan kaki. Sendi tersebut akan sakit bila disentuh dan berkemungkinan akan diikuti demam yang menggigil hasil daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout pada kebiasaannya akan berlaku bila terdapat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan secara berkesan di dalam badan.Asid urik berlebihan boleh menyebabkan ia akan membentuk jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia akan mungkin juga terbentuk pada tempat lain. Pada akhirnya mungkin boleh juga menyebabkan batu karang di dalam buah pinggang. Keadaan ketidakseimbangan pada asid urik ini juga mungkin disebabkan faktor keturunan, makan makanan yang kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah dalam buah pinggang serta juga penggunaan ubat seperti diuretik dan aspirin.

Di antara tanda penyakit gout menyerang:

-Sakit pada sendi yang datang dalam keadaan tiba-tiba terutamanya berlaku pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
-Sendi menjadi bengkak,kaku serta akan menjadi panas dan merah secara serta merta apabila disentuh dan boleh menyebabkan pesakit menjadi demam
-Benjolan mungkin akan timbul berdekatan sendi serta cuping telinga yang biasanya disebabkan timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Serangan penyakit gout ini boleh berlaku juga di dalam keadaan yang tiba- tiba serta tanpa ada sebab yang ketara. Macamanapun dalam keadaan tertentu, serangan penyakit gout boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh, makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan yang tiba-tiba biasanya menjadi lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit rasa sejuk seperti disiram dengan air sejuk pada tempat sakit dan ini menyebabkan mereka mengigil serta demam dan mungkin berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti dengan secara sendirinya rasa sakit. Ini bagaimanapun bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout ini tidak diubati, sakit ini berkemungkinan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan yang kerap pada bahagian sendi boleh merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout biasanya sering berlaku kepada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas. Kaum perempuan juga macamanapun boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami keputusan haid. Faktor keturunan juga boleh memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini. Rawatan gout melalui hospital ataupun melalui kaedah lain boleh menolong pesakit gout untuk keluar dari kengkangan penyakit ini

No comments:

Post a Comment